Hembusan angin lalu,
Memutarkan kembali ingatanku padamu,
Memori yang kita bina bersama,
Menjadi ingatan suka dan duka,
Mencengkam....menghiris naluri,
Yang kian sayu...diulit resah,
Terkenang sendiri............,
Meninggalkan membawa secarik pesanan,
Keresahan pula datang bertandang,
Menagih hakikat yang masih samar.
Buat sekian kalinya,
Kuhimpun ketenangan,
Agar bias kutagih kerinduan darimu,
Kerana aku tidak mampu,
Menghalang hati ini untuk mengungkit memori silam.
Biar lautan jadi pemisah,
Biarlah masa terus menduga,
Ingatan terhadapmu tak mungkin pudar,
Kerana engkau.................
Sahabatku.
SALAM 5 CEMERLANG 2011
